Perancangan Cukai Pendapatan 2014

Tax Planning

Hujung tahun merupakan masa yang sesuai untuk setiap individu ataupun pembayar cukai untuk melihat semula perbelanjaan yang layak untuk diberi pelepasan cukai untuk tahun semasa. Antara pelepasan yang biasa dituntut adalah seperti berikut:
-Pembelian buku maksimum RM1,000
-EPF dan Insuran Nyawa (Life) maksimum RM6,000
-Insuran pendidikan dan perubatan maksimum RM3,000

Namun mulai tahun taksiran 2014 satu pelepasan telah diwujudkan oleh pihak kerajaan iaitu pelepasan:Private Retirement Scheme (PRS) maksimum RM3,000. Bagi pencarum yang berumur antara 20-30 tahun sebanyak RM500 akan disumbangkan kedalam akaun tersebut. (bedasarkan syarat-syarat yang tertentu). Skim pelepasan ini dapat mengurangkan jumlah cukai yang dibayar sehingga RM720 (bagi pembayar cukai yang mencapai kadar cukai 24%)

Namun begitu kebanyakan pembayar cukai yang beragama islam pasti tidak akan lupa untuk membayar zakat untuk mendapatkan rebat cukai secara optimum. Pada hujung tahun ini kebanyakkan pusat zakat diseluruh Malaysia akan dibuka sehingga ke hari cuti umum bagi menyediakan perkhidmatan ini. Haruslah diingat pembayaran zakat untuk zakat tahun 2014 tetapi dibayar pada tahun 2015 hanya akan dibenarkan untuk pelepasan tahun 2015 dan bukan tahun 2014.

Setiap resit atau bukti pembayaran haruslah disimpan dengan baik selama 7 tahun, kerana peluang untuk diaudit oleh pihak LHDN adalah semakin tinggi.

Oleh itu rancanglah cukai anda untuk mendapat hak anda dalam pelepasan secara maksimum. Sekirannya masih tidak pasti tentang hak anda bolehlah mendapatkan penjelasan daripada pihak LHDN yang berdekatan.

CUEPACSCARE

CuepacsCare direka khas untuk menyediakan suatu perlindungan Penghospitalan & Pembedahan yang lengkap, manfaat-manfaat yang lebih dan kad kemasukan tanpa-kesulitan yang akan dapat memudahkan prosidur kemasukan ke panel hospital pakar swasta.

Kad ini dikeluarkan kepada semua ahli keluarga yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun boleh menggunakan kad ibu bapa.

Dengan Kad CuepacsCare, kemampuan membayar bil perubatan semasa kecemasan tidak lagi menjadi satu persoalan. Anda hanya perlu mengemukakan Kad CuepacsCare semasa hadir ke panel hospital pakar swasta untuk rawatan kemasukan.1307414976_213528929_1-Gambar--Cuepacscare-Program-Penghospitalan-dan-Pembedahan-Khas-Untuk-Penjawat-Awam jadual manfaat NEW testimonial-01 keistimewaan

Sebagai Penjawat Awam, anda layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan dengan mudah tanpa bayaran. Tetapi, bilangan doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada kalanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang agak lama, manakala di hospital swasta, walaupun menyediakan rawatan yang pantas, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri. Kos ini di luar kemampuan kebanyakan Penjawat Awam.

Menyedari hakikat ini, CUEPACS dengan kerjasama SUN LIFE MALAYSIA Takaful Berhad (dahulunya dikenali sebagai CIMB Aviva Takaful Berhad) dan Medicare Assistance Sdn Bhd telah memperkenalkan Program Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACSCARE pada tahun 1999, khas untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan. Ini adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.

Selamatkan Gaza

Sumber Utusan Malaysia : 15 Nov 2012

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Malaysia mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab tentera Israel yang menjadikan orang awam sebagai sasaran di Gaza.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya aktiviti ketenteraan yang berterusan dan serangan udara Israel ke atas Gaza sehingga membunuh seorang pemimpin Palestin dan mengorbankan tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak.

“Malaysia menuntut Israel menghentikan serta-merta tindakan ketenteraan ke atas rakyat Palestin.

Sampai bila? Ya Allah, selamatkanlah penduduk-penduduk Gaza. Kurniakanlah keamanan kepada mereka sebagaimana kami dapat menikmati keamanan ni negara kami Ya Allah!

Tidakkah mereka sedar, yang menjadi mangsa bukanlah dari kalangan mereka yang memegang senjata.

Hijrah Dan Pengorbanan

Mungkin kita memahami pengertian Hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah S.A.W. melalui peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah. Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, iaitu keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredhan Illahi. Allah s.w.t berfirman di dalam surah Ar. Raā€™d ayat 11 yang bermaksud:

ā€œSesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.ā€

Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud:

ā€œWahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamuā€.

Justeru untuk memastikan perubahan diri manusia, kita perlu meneliti pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah melalui pembangunan jiwa, pembangunan mental dan juga pembangunan fizikal.

Sedar ataupun tidak, kita sekarang ini akan berada di bulan Muharram bagi tahun baru 1434H. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, di antaranya ialah dengan meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan umat Islam terhadap taqwim Hijrah yang sangat tinggi nilainya. Sudah sekian lama, umat Islam lebih terbiasa dengan kalendar Masihi dalam kehidupan seharian. Tanyalah diri kita masing-masing tentang sejauh manakah penggunaan taqwim Hijrah untuk mengatur urusan hidup kita seharian? bagaimanakah mungkin kita dapat menentukan waktu solat, puasa Ramadan, hari raya dan beberapa lagi hari penting dalam Islam tanpa kita merujuk kepada taqwim Hijrah?. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam, memartabatkan penggunaan taqwim Hijrah, agar identiti umat Islam lebih terserlah.

Sambutan tahun baru Hijrah juga bertujuan mengajak umat Islam agar menghayati konsep Hijrah yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. Sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu, kita banyak menyentuh tentang pengorbanan suci yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail A.S serta beberapa pengorbanan yang lain, maka pada bulan Muharram pula, kita perlu memfokuskan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah sehingga berjaya mendirikan Negara Islam. Perintah Hijrah ini bukan sahaja dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi turut dilalui oleh beberapa nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Jelas sekali hubungan rapat antara korban dan Hijrah tidak dapat dipisahkan sama sekali. Hanya orang yang sanggup berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta diberi pertolongan oleh Allah SWT.

Pada kesempatan ini, warga KWM mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh Umat Islam di dunia khasnya.

Panduan Membuat Tuntutan Cermin Kereta

Adakah cermin kereta anda dilindungi? Setiap kali pembaharuan Takaful Kenderaan, anda boleh membuat perlindungan tambahan terhadap cermin kereta. Perlindungan cermin ini adalah berupa ‘one shoot claim’, di mana selepas membuat tuntutan cermin kereta, maka tidak ada lagi tuntutan yang boleh di buat selepas itu.
Namun kita masih boleh memperbaharui perlindungan tambahan tersebut SEMULA, hanya berjumpa dengan wakil Takaful anda dan maklumkan kepada mereka. Bagi yang membuat perlindungan terhadap cermin kereta anda, di sini kami akan terangkan apa dan bagaimana untuk membuat tuntutan cermin kereta.

Apabila berlaku kerosakan pada cermin kereta, kita boleh memilih samada hendak membaiki cermin kereta di kedai-kedai terpilih sedia ada yang disediakan oleh pengendali Takaful kenderaan kita ATAU mana-mana kedai yang berhampiran untuk memudahkan kita berurusan. Jika anda memilih kedai membaiki kenderaan mengikut pilihan anda, ini yang anda perlukan apabila hendak membuat tuntutan.

1. Borang tuntutan yang lengkap diisi.
2. Gambar-gambar yang menunjukkan kerosakan. Contohnya :
Kalau boleh ambil gambar yang menampakkan no plat kenderaan anda lagi bagus.
Macam ni pun ok jugak. Siap ambil sekali dengan gambar road tax.
3. Bil Pembaikan Yang Asal

4. Salinan Kad Pendaftaran / Salinan Geran Depan & Belakan
Dan mestilah dikemaskini dengan maklumat cukai jalan terkini. Jika kita menggunakan perkhidmatan MyEG, lampirkan salinan ROAD TAX RECEIPT terkini pun diterima juga. Kita tidak perlu ke JPJ untuk mengemaskini data cukai jalan pada geran.

5. Gambar selepas pembaikan.
Akhir sekali buatlah satu salinan kesemua di atas untuk simpanan kita.

Pulau Besar, Melaka

Baru-baru ini di Pantai Siring, Kampung Pulai, telah di adakan majlis Perasmian Projek Bekalan Elektrik ke Pulau Besar, Melaka. Projek yang bernilai RM 30 juta itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam. Dengan penyambungan bekalan elektrik ke Pulau Besar, diharapkan dapat meningkatkan kegiatan pelancongan dan pembangunan ke kawasan tersebut. Di dalam majlis tersebut ada dinyatakan pembinaan sebuah Sekolah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pusat tahfiz yang dijangka beroperasi Januari ini. Kami warga penduduk setempat menyambut baik terhadap usaha murni tersebut.

Di sini ada sedikit latar belakang mengenai Pulau Besar. Sering kali kita mendengar namanya, tetapi tidak mengenali dengan lebih mendalam. Pulau Besar merupakan pulau yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, dan berhampiran dengan Kampung Pulai, Kampung Seri Minyak dan Umbai.
Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam di Nusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka telah membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini.

Jika anda berkelapangan dan ingin menikmati keindahan di sekitar Pulau Besar, datanglah sendiri dan alami keindahannya. Perkhidmatan bot telah banyak di sediakan. Rasailah, anda pasti tidak akan rugi.

Ikhlas Kembara

Memandangkan cuti sekolah telah hampir. Banyak sekolah-sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar bersama-sama murid-murid (panggilan lain = ROMBONGAN). Memang seronok dapat berjalan dengan rakan-rakan sebaya. Maklumlah, tanpa kelibat ibu bapa di sisi yang melarang. Juga di sesetengah kawasan seperti di kampung saya, biasanya rombongan-rombongan 3 hari 2 malam akan di rancang. Kadang-kadang boleh cecah 2 bas ramainya. Maklumlah, bila anak-anak dah tak pergi sekolah, bajet untuk sekolah anak-anak boleh la disalurkan untuk berbelanja. Yang biasa saya lihat, kalau rombongan ke Pantai Timur, mesti beli perkakasan dapur seperti periuk, kuali, set pinggan makan dan macam-macam lagilah. Pendek kata sampai boleh nampak bas senget sebelah. Dalam setiap kegembiraan, pasti ada kedukaan. Mungkin jarang-jarang kita lihatĀ  atau dengar kejadian seperti ini. Dengan kawalan yang ketat sekarang mungkin segalanya dapat dielakkan. Tetapi kita harus ingat perkara seperti ini mungkin boleh terjadi.

Pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku ketika di dalam perjalanan, walaupun perancangan teliti dan terperinci telah dibuat sebelum memulakan langkah ke destinasi yang dituju. Oleh yang demikian, pakej perlindungan kewangan yang boleh memberi manfaat adalah diperlukan bagi membantu setiap peserta rombongan sekira berlakunya perkara yang tidak diingini.

Bagi memenuhi keperluan ini, Takaful IKHLAS menawarkan pakej perlindungan selama 24 jam di serata dunia, iaitu IKHLAS KEMBARA TAKAFUL di samping membayar gantirugi terhadap musibah yang tidak diduga.

Sekiranya anda ingin mengadakan rombongan ketika musim cuti sekolah ini, dapatkan perlindungan dengan Ikhlas Kembara. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

BR1M – Pendaftaran Atas Talian

PROGRAM BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2.0)

Kriteria penerima BR1M

Pemberian RM500
– Ketua isi rumah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 dan kebawah.

Pemberian RM250
– Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya).
– Jumlah pendapatan kasar RM 2,000 sebulan.

Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang LHDNM klik di sini atau;

Pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian. Pautan untuk ke lama web e-pandaftaran ada disediakan di sebelah kanan blog ini atau klik di sini. Selamat mencuba bagi mereka yang layak. Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan komen, pihak admin KWM amat mengalu-alukan cadangan dan pandangan anda.