Pulau Besar, Melaka

Baru-baru ini di Pantai Siring, Kampung Pulai, telah di adakan majlis Perasmian Projek Bekalan Elektrik ke Pulau Besar, Melaka. Projek yang bernilai RM 30 juta itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam. Dengan penyambungan bekalan elektrik ke Pulau Besar, diharapkan dapat meningkatkan kegiatan pelancongan dan pembangunan ke kawasan tersebut. Di dalam majlis tersebut ada dinyatakan pembinaan sebuah Sekolah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pusat tahfiz yang dijangka beroperasi Januari ini. Kami warga penduduk setempat menyambut baik terhadap usaha murni tersebut.

Di sini ada sedikit latar belakang mengenai Pulau Besar. Sering kali kita mendengar namanya, tetapi tidak mengenali dengan lebih mendalam. Pulau Besar merupakan pulau yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, dan berhampiran dengan Kampung Pulai, Kampung Seri Minyak dan Umbai.
Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam di Nusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka telah membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini.

Jika anda berkelapangan dan ingin menikmati keindahan di sekitar Pulau Besar, datanglah sendiri dan alami keindahannya. Perkhidmatan bot telah banyak di sediakan. Rasailah, anda pasti tidak akan rugi.

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s