Riba

Apa itu Riba? Riba adalah satu istilah yang digunakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam erti kata lain, Riba adalah satu kata-nama atau perkataan yang merujuk kepada suatu dosa besar dalam agama Islam. Status dosanya sama ada berada dalam ranking (kedudukan) 5 ke atas (top five) atau sekurang-kurangnya berada dalam senarai carta popular 10 ke atas (top ten).

Oleh itu, disebabkan status dosanya yang besar, maka jika seseorang muslim itu terlibat melakukan Riba, pasti kedudukannya akan terjejas dengan teruk di sisi Allah. Dalam keadaan sedemikian, adalah sukar malah terlalu sukar. Oh! Mana mungkin untuk diri seseorang itu dapat dikatakan berada dalam keredhaan Allah dan rahmatNya? Insan malang itu sebenarnya berada dalam kemurkaan Allah dan amarahNya.

Bukanlah untuk menakut-nakutkan, tetapi sebenarnya memang amat menakutkan. Dosa Riba pasti akan memberatkan lagi timbangan amal buruk ketika proses bicara di dalam mahkamah di padang mahsyar nanti. Iaitu kebangkitan sesudah kematian yang mana, kesudahannya tempat setiap manusia hanya satu antara dua iaitu sama ada syurga atau neraka.

Pengertian Riba’

Riba dalam bahasa Melayu bermaksud sebagai suatu tambahan, peningkatan, perkembangan atau pertumbuhan. Ada yang menyifatkannya sebagai usuri iaitu merujuk kepada faedah yang berlebihan dan menyusahkan.

Riba dalam bahasa Arab bermaksud apa-apa pertambahan atau lebihan, walaupun sedikit, ke atas atau terhadap jumlah pokok (principal) yang dipinjamkan, yang demikian itu termasuklah faedah (interest) dan usuri (usury).

Jenis Riba’

Riba’ Nasi’ah – Menjual sesuatu hingga tempoh waktu tertentu. Apabila tempoh waktu itu tamat sedangkan pembelinya belum mampu melunasi pembayarannya maka harganya dinaikkan dan tempohya dilanjutkan lagi.

Riba’ Fadhl – Menjual sesuatu dengan sejenisnya dengan tambahan, seperti menjual emas dengan emas, mata wang dirham dengan dirham, gandum dengan gandum dan seterusnya.

Dari Abu Said Al-Khudari, katanya, “Bilal datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa korma yang berkualiti Barni. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “Dari mana korma itu ?”. Ia menjawab , “Kami punya korma yang buruk lalu kami tukar beli dua liter dengan satu liter”. Maka Rasulullah bersabda:

“MasyaAllah, itu juga adalah perbuatan riba’. Jangan kau lakukan. Jika kamu mahu membeli, juallah dahulu kurmamu itu kemudian kamu beli kurma yang kamu inginkan. Muttafaq ‘alaih

Riba’ dalam sistem Insurans

Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (policy loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

Penyelesaiannya

Para ulama’ telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru’at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru’at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s