Perancangan Cukai Pendapatan 2014

Tax Planning

Hujung tahun merupakan masa yang sesuai untuk setiap individu ataupun pembayar cukai untuk melihat semula perbelanjaan yang layak untuk diberi pelepasan cukai untuk tahun semasa. Antara pelepasan yang biasa dituntut adalah seperti berikut:
-Pembelian buku maksimum RM1,000
-EPF dan Insuran Nyawa (Life) maksimum RM6,000
-Insuran pendidikan dan perubatan maksimum RM3,000

Namun mulai tahun taksiran 2014 satu pelepasan telah diwujudkan oleh pihak kerajaan iaitu pelepasan:Private Retirement Scheme (PRS) maksimum RM3,000. Bagi pencarum yang berumur antara 20-30 tahun sebanyak RM500 akan disumbangkan kedalam akaun tersebut. (bedasarkan syarat-syarat yang tertentu). Skim pelepasan ini dapat mengurangkan jumlah cukai yang dibayar sehingga RM720 (bagi pembayar cukai yang mencapai kadar cukai 24%)

Namun begitu kebanyakan pembayar cukai yang beragama islam pasti tidak akan lupa untuk membayar zakat untuk mendapatkan rebat cukai secara optimum. Pada hujung tahun ini kebanyakkan pusat zakat diseluruh Malaysia akan dibuka sehingga ke hari cuti umum bagi menyediakan perkhidmatan ini. Haruslah diingat pembayaran zakat untuk zakat tahun 2014 tetapi dibayar pada tahun 2015 hanya akan dibenarkan untuk pelepasan tahun 2015 dan bukan tahun 2014.

Setiap resit atau bukti pembayaran haruslah disimpan dengan baik selama 7 tahun, kerana peluang untuk diaudit oleh pihak LHDN adalah semakin tinggi.

Oleh itu rancanglah cukai anda untuk mendapat hak anda dalam pelepasan secara maksimum. Sekirannya masih tidak pasti tentang hak anda bolehlah mendapatkan penjelasan daripada pihak LHDN yang berdekatan.

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s