Penyediaan Dokumen

Perancangan Harta Pusaka

DOKUMEN WASIAT ISLAM

Dokumen ini hanya perlu disediakan sekiranya anda berhasrat untuk memberikan harta pusaka anda kepada bukan waris sehingga tahap maksima 1/3. Bukan waris di sini merujuk kepada individu yang tidak menerima harta pusaka anda mengikut Hukum Faraid seperti anak angkat, cucu, anak saudara atau sesiapa sahaja. Bukan waris di sini juga boleh terdiri dari masjid, surau, rumah anak yatim atau apa-apa sahaja pertubuhan kebajikan.

Tujuan Wasiat Islam dibuat ialah sebagai amal jariah si mati selaras dengan Sabda Rasulullah SAW bahawa salah satu dari perkara yang tidak putus dari seorang anak Adam itu selepas dia meninggal dunia ialah amal jariah. Dokumen ini boleh disediakan secara PERCUMA untuk anda.

DOKUMEN HIBAH

Sekiranya anda berhasrat untuk membahagi-bahagikan harta anda kepada sesiapa sahaja yang anda ingini mengikut bahagian yang anda tentukan, Dokumen Hibah ialah dokumen yang mesti anda sediakan. Melalui Hibah, anda bolah menentukan siapa yang akan mewarisi harta anak anda baik harta yang berbentuk hartanah (properties) mahupun saham syarikat.

Penerima Hibah pula boleh terdiri dari sesiapa sahaja baik waris, bukan waris, orang yang berlainan agama mahupun organisasi. Apa yang lebih menarik mengenai Hibah ini ialah pemberian dibuat semasa hidup tetapi pindah milik hanya dibuat selepas kematian. Hibahyang diberikan oleh ibu / bapa / datuk / nenek kepada anak / cucu pula boleh ditarik pada bila-bila masa.

DOKUMEN HARTA SEPENCARIAN

Dokumen ini disediakan bagi melindungi hak pasangan sama ada selepas bercerai hidup ataupun bercerai mati. Dengan penyediaan dokumen ini, suami / isteri boleh membantu pasangan mereka untuk menuntut sehingga 1/2 dari harta mereka. Tanpa dokumen ini, pasangan masih boleh menuntut hak harta sepencarian mereka namun mereka terpaksa melalui proses pembuktian dari segi dokumen mahupun saksi di Mahkamah Syariah dan kebiasaannya proses ini memakan masa yang panjang serta kos yang tinggi. Jadi anda sayangkan pasangan anda? Sediakan Dokumen Harta Sepencarian anda hari ini.

DOKUMEN AMANAH

Anda mungkin seorang pemilik perniagaan atau pemilik wang tunai di dalam akaun pelaburan. Anda tentu mahukan selepas pemergian anda kelak, perniagaan dan wang tunai ini diagihkan kepada orang-orang tertentu yang anda ingini. Jika inilah hasrat anda, Dokumen Amanah ialah dokumen yang mesti anda sediakan bagi mencapai hasrat ini.

Komen