Takaful Kenderaan

 

4 TIPS YANG ANDA PERLU TAHU APABILA MEMPERBAHARUI TAKAFUL KENDERAAN DAN CUKAI JALAN

 

 

MASA
Pasti ramai di antara kita akan memperbaharui cukai jalan pada saat akhir. Mungkin paling awal pada minggu yang terakhir. Mungkin ada juga yang memperbaharui cukai jalan selepas tamat tempoh. Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tarikh tamatnya. Ini akan memudahkan kita untuk merancang masa yang sesuai untuk pergi memperbaharuinya tanpa mengganggu kerja harian. Kita boleh merujuk geran kereta sekiranya kita berasa tidak yakin.

URUSAN
Pada kebiasaannya, kita akan menyerahkan 100% segala urusan kepada ejen takaful/insurans untuk menyelesaikan segala urusan sehingga memperolehi roadtax. Kita dinasihatkan untuk menyemak maklumat perlindungan takaful/insurans yang kita ambil supaya tidak diperguna. Selaku pengguna, kita berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang kita bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful/insurans kenderaan.


JUMLAH PERLINDUNGAN
Jumlah perlindungan takaful/insurans adalah Menjadi hak kita untuk menentukan, bukannya ejen. Kita dinasihatkan untuk memilih jumlah yang bersesuaian dengan harga semasa kenderaan. Cara paling selamat untuk mengetahui harga semasa kenderaan adalah dengan menghubungi pihak bank. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali. Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri. Dan cara termudah untuk mengetahui harga semasa ialah dengan mencari harga purata sesebuah kenderaan.

BELOW / OVER INSURED
Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, kita hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa (over insured). Sebaliknya, sekiranya kita meletakkan harga perlindungan kereta kita di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang kita takaful/insuranskan (below insured). Tetapi sesetengah syarikat masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%. Amat penting untuk kita mengetahui harga semasa kenderaan kita.

Di KWM kami membantu para pelanggan di dalam urusan berkaitan pembaharuan Takaful Kenderaan mereka secara  cekap dan efisien. Kami sedar ramai di antara pemilik-pemilik kenderaan di luar sana mengalami kesukaran dan mempunyai masa yang terhad di dalam urusan pembaharuan Takaful Kenderaan mereka. Oleh kerana itu, KWM telah mengambil inisiatif dengan membantu para pelanggan untuk memudahkan urusan mereka.

Sekiranya anda mengalami situasi seperti ini….

– Beratur Panjang & Menunggu Giliran Berjam-jam –
– Pejabat POS Jauh Dari Rumah –
– Masa Yang Terhad & Mengganggu Waktu Kerja –

– Tiada Geran Asal –
– Insurans Sedia Ada Bukan Islamik –
– Terlupa Tarikh Pembaharuan –

Biar kami yang lakukan semua itu untuk anda !!!
Hanya sms <ON RT > jarak <
NAMA
> ke 012-227 3740
dan dapatkan service ‘door to door’ dari kami.