Kenali Kami

KHADIJAH WEALTH MANAGEMENT (KWM)

Nama Khadijah Wealth Management diambil sempena nama isteri baginda Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidatina Khadijah. Ketabahan dan kecekalan beliau bersama-sama dengan baginda Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan syiar Islam menjadi ikon utama kepada pengasas KWM sendiri.

Pada tanggal 3 Disember 2010, Khadijah Wealth Management mula beroperasi dan diterajui oleh Pn Mariati Binti Yahaya selaku Pengurus Agensi. Khadijah Wealth Management merupakan sebuah syarikat yang berasaskan kepada perniagaan perkhidmatan.Logo KWM

Di antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah :

1. Rundingan Kewangan Berasaskan Syariah
2. Penyedia Takaful Pilihan berasaskan prinsip Islam
3. Khidmat Nasihat Pelaburan
4. Perkhidmatan Takaful Kenderaan online
5. Membantu dalam urusan berkaitan Takaful
6. Perkhidmatan Pengurusan Harta Dan Pusaka Secara Syariah

Khadijah Wealth Management  menguruskan serta menjalankan perniagaan selaras dengan prinsip-prinsip Syariah Islam. KWM komited sepenuhnya bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dilaksanakan dalam semua urusan yang terlibat.

KWM amat komited dalam membantu para pelanggan-pelanggan secara cekap dan berkesan khususnya  dalam  soal tuntutan dan pampasan. Menjadi keutamaan KWM untuk memastikan setiap perkhidmatan yang ditawarkan adalah mencapai standard yang dikehendaki.

Misi utama KWM adalah memperjuangkan industri kewangan Islam yang semakin mendapat perhatian umat Islam .di negara kita.

Salam Perkenalan,

“KHADIJAH MAJU 2020”

1 thought on “Kenali Kami

Komen