Panduan Membuat Tuntutan Cermin Kereta

Adakah cermin kereta anda dilindungi? Setiap kali pembaharuan Takaful Kenderaan, anda boleh membuat perlindungan tambahan terhadap cermin kereta. Perlindungan cermin ini adalah berupa ‘one shoot claim’, di mana selepas membuat tuntutan cermin kereta, maka tidak ada lagi tuntutan yang boleh di buat selepas itu.
Namun kita masih boleh memperbaharui perlindungan tambahan tersebut SEMULA, hanya berjumpa dengan wakil Takaful anda dan maklumkan kepada mereka. Bagi yang membuat perlindungan terhadap cermin kereta anda, di sini kami akan terangkan apa dan bagaimana untuk membuat tuntutan cermin kereta.

Apabila berlaku kerosakan pada cermin kereta, kita boleh memilih samada hendak membaiki cermin kereta di kedai-kedai terpilih sedia ada yang disediakan oleh pengendali Takaful kenderaan kita ATAU mana-mana kedai yang berhampiran untuk memudahkan kita berurusan. Jika anda memilih kedai membaiki kenderaan mengikut pilihan anda, ini yang anda perlukan apabila hendak membuat tuntutan.

1. Borang tuntutan yang lengkap diisi.
2. Gambar-gambar yang menunjukkan kerosakan. Contohnya :
Kalau boleh ambil gambar yang menampakkan no plat kenderaan anda lagi bagus.
Macam ni pun ok jugak. Siap ambil sekali dengan gambar road tax.
3. Bil Pembaikan Yang Asal

4. Salinan Kad Pendaftaran / Salinan Geran Depan & Belakan
Dan mestilah dikemaskini dengan maklumat cukai jalan terkini. Jika kita menggunakan perkhidmatan MyEG, lampirkan salinan ROAD TAX RECEIPT terkini pun diterima juga. Kita tidak perlu ke JPJ untuk mengemaskini data cukai jalan pada geran.

5. Gambar selepas pembaikan.
Akhir sekali buatlah satu salinan kesemua di atas untuk simpanan kita.

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s