Penama

PENAMA TIDAK AMANAH

Isu wang caruman KWSP – Pencarum yang telah berusia 65 tahun ke atas gagal dikesan. Adakah telah meninggal dunia? Sekiranya telah meninggal dunia, mengapa waris tidak datang menuntut? Akhirnya KWSP menyatakan bahawa sebanyak RM 70 juta belum dituntut oleh waris si pencarum KWSP.

  • Antara masalah besar yang dihadapi ialah tiada penama (nominee)
  • Sekiranya ada penama, timbul pula masalah yang lain iaitu penama enggan menyerahkan bahagian tersebut kepada waris yang berhak atas alasan wang tersebut adalah hak mereka kerana mereka adalah penama.

Ketahuilah bahawasanya Majlis Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan bahawa penama wang KWSP dan SOCSO hanyalah wasi iaitu pemegang amanah / pentadbir. Apabila mereka menerima wang tersebut, mereka bertanggungjawab untuk membahagikannya kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid kerana wang tersebut bukanlah milik mereka.

Hal ini jelas dinyatakan di dalam keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam tahun 1973 pada mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke 96 yang diadakan pada 20 hb September 1973. Jawatankuasa ini telah memberi pendapat dan dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja:

” Penama-penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Wang Simpanan Pejabat Pos, bank, insuran dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menurut pembahagian faraid”

Hal ini telah diputuskan sejak tahun 1973 lagi dan sejak akhir-akhir ini, fatwa ini telah diputuskan berulang-ulang kali oleh Majlis-majlis Fatwa Negeri.

Namun begitu sehingga kini, begitu ramai penama sama ada penama di KWSP, ASB, Tabung Haji, koperasi, takaful tidak berlaku jujur, amanah dan adil.

Ada di kalangan mereka yang sanggup mengmbil wang tersebut untuk kepentingan diri.  Mereka mengambil dan menggunakan wang tersebut tanpa rasa bersalah. Mereka merasakan wang tersebut adalah milik mereka atas alasan mereka adalah penama sedangkan hakikatnya, mereka hanyalah pemegang amanah dan pentadbir. Oleh itu, banyak contoh yang berlaku di dalam masyarakat kita kini :

  • Ramai ibu bapa yang telah memakan hak anak-anaknya.
  • Ramai datuk atau nenek telah memakan hak cucu-cucu mereka.
  • Ramai anak-anak serta cucu-cucu menafikan hak ibu bapa ataupun hak datu atau nene mereka.
  • Ramai suami atau isteri yang mengkhianati arwah pasangan masing-masing.

Sesungguhnya, berkemungkinan besar ramai arwah yang sedah menyesal di dalam kubur disebabkan kesilapan mereka melantik penama yang tidak jujur dan amanah. Mereka menyangkakan dengan melantik penama, anak-anak yang mereka tinggalkan akan dapat hidup aman, damai dan bahagia serta dapat meneruskan pengajian hingga ke menara gading. tetapi rupa-rupanya, anak-anak yang mereka tinggalkan hidup sengsara kerana penama di KWSP tidak berbuat seperti yang sepatutnya.

Bagi situasi lain pula, si mati menyangkakan ibu bapa mereka akan dapat meneruskan kehidupan dengan tenang walaupun mereka telah meninggal dunia dengan menggunakan wang KWSP yang ditinggalkan, tetapi rupa-rupanya penama yang diletakkan di KWSP ialah anak si mati yang baru berusia dua tahun. Oleh itu wang KWSP itu tidak boleh dikeluarkan sehinggalah umur anak si mati itu mencecah 18 tahun.

Dalam hal penama, ramai orang tersalah anggap.

  • Kebanyakan orang lelaki akan menamakan isterinya sebagai penama di KWSP, takaful ataupun insuran.
  • Namun perkara sebaliknya berlaku pada kebanyakan orang perempuan. mereka lebih suka menamakan anak sebagai penama. Apabila ditanya sebab mereka menamakan anak sebagai penama dan bukan nama suami, ” Nanti bila saya mati, dia akan gunakan wang itu untuk berkahwin lagi. Lebih baik saya letak nama anak” . Itu antara alasan yang tidak sepatutnya.

Maka dalam isu penama, sudah jelas bahawa penama adalah sebagai pemegang amanah dan pentadbir (wasi). Justeru, hal ini perlu diperjelaskan secara meluas kepada teman-teman, saudara-mara kita serta kepada seluruh masyarakat Islam yang ada di negara kita.

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s