Takaful

SETIAP PERKARA ADA KEPENTINGANNYA.
Begitulah juga dengan Insurans Islam (Takaful)  ini. Ianya direka dengan tujuan untuk membolehkan setiap individu sentiasa dilindungi.

Simpanan Dan Perlindungan

KEPENTINGANNYA, IANYA BERTINDAK SEBAGAI SIMPANAN & PERLINDUNGAN KEPADA DIRI ANDA.

Berapa peratuskah (%) dari gaji anda DISIMPAN untuk persediaan MASA DEPAN anda ?

Mungkin anda bersetuju dengan saya, adalah sukar untuk menyimpan wang walaupun ke dalam BANK?  Kita pasti dengan mudah akan mengeluarkannya, bila kita berhasrat untuk membeli sesuatu yang kita hajati!!
Walaupun barangan yang tidak kita perlukan tetapi kerana ianya berharga murah semasa MEGA SALES kita pasti akan membelinya.

Hanya Takaful yang dapat MEMASTIKAN anda menyimpan secara tetap setiap bulan.

Hasil tinjauan yang dilakukan, hampir 90 % individu yang membuat simpanan di TAKAFUL menyimpan kerana sebab-sebab berikut :

  • Untuk simpanan dan persediaan perlindungan pendapatan untuk keluarga sekiranya berlaku kematian.
  • Untuk pendapatan masa tua.
  • Untuk pendapatan sekiranya berlaku kecacatan kekal/lumpuh.
  • Untuk persediaan wang tunai sekiranya berlaku kecemasan atau memerlukan modal ketika terdapat peluang perniagaan.

Pendidikan Anak Anak

MENYERTAI TAKAFUL UNTUK PELAJARAN ANAK ANDA KERANA :-

  • Apabila mereka meningkat dewasa, kita menghendaki satu permulaan yang baik bagi anak-anak.
  • Jumlah sumbangan adalah lebih murah apabila menyertai pada usia yang lebih kecil.
  • Membentuk tabungan yang akan membuat anak anda berdiri di atas kaki mereka sendiri apabila sampai umurnya.
  • Kerana kita juga mengharapkan ayah kita dahulu mengambil polisi untuk kita semasa kita kanak kanak.

TABUNG PENDIDIKAN

Kita semua sedia maklum bahawa, bayaran YURAN PENGAJIAN pendidikan lanjut (IPT) semangkin meningkat setiap tahun. Peratusan semasa bilangan anak anak yang cerdik semangkin meningkat di negara kita. Anak anda mungkin salah seorang dari mereka! Pelajaran adalah pemberian terbaik untuk anak anak yang boleh diberikan oleh ibu bapa. Tentunya kehidupan yang selesa dan berjaya menjadi impian ibu bapa. Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik pada masa hadapan sangat tinggi antara orang orang yang berpelajaran.

Semua orang akan mencari perkerjaan yang menjamin masa hadapannya, tetapi bagaimana sekiranya anak anda ketinggalan dalam persaingan ini kerana tiada bantuan kewangan semasa hendak melanjutkan pelajaran. Pelan pendidikan tidaklah membebankan sangat tetapi akan menunjukkan HASIL KEJAYAAN dengan perancangan kewangan anda.

Mahatma Karamchand Ghandi

” Education is the best friend. An educated person is respected everywhere. Educations beats the beauty and the youth “

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s