CUEPACSCARE

CuepacsCare direka khas untuk menyediakan suatu perlindungan Penghospitalan & Pembedahan yang lengkap, manfaat-manfaat yang lebih dan kad kemasukan tanpa-kesulitan yang akan dapat memudahkan prosidur kemasukan ke panel hospital pakar swasta.

Kad ini dikeluarkan kepada semua ahli keluarga yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun boleh menggunakan kad ibu bapa.

Dengan Kad CuepacsCare, kemampuan membayar bil perubatan semasa kecemasan tidak lagi menjadi satu persoalan. Anda hanya perlu mengemukakan Kad CuepacsCare semasa hadir ke panel hospital pakar swasta untuk rawatan kemasukan.1307414976_213528929_1-Gambar--Cuepacscare-Program-Penghospitalan-dan-Pembedahan-Khas-Untuk-Penjawat-Awam jadual manfaat NEW testimonial-01 keistimewaan

Sebagai Penjawat Awam, anda layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan dengan mudah tanpa bayaran. Tetapi, bilangan doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada kalanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang agak lama, manakala di hospital swasta, walaupun menyediakan rawatan yang pantas, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri. Kos ini di luar kemampuan kebanyakan Penjawat Awam.

Menyedari hakikat ini, CUEPACS dengan kerjasama SUN LIFE MALAYSIA Takaful Berhad (dahulunya dikenali sebagai CIMB Aviva Takaful Berhad) dan Medicare Assistance Sdn Bhd telah memperkenalkan Program Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACSCARE pada tahun 1999, khas untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan. Ini adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.

One thought on “CUEPACSCARE

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s