لبيك ٱللهم لبيك, لبيك لٱ شريك لك لبيك, ٱن ٱلحمد والنعمۃ لك والملك, لا شريك لك

لبيك ٱللهم لبيك, لبيك لٱ شريك لك لبيك, ٱن ٱلحمد والنعمۃ لك والملك, لا شريك لك

Syawal telah meninggalkan kita, kini menjelangnya musim menunaikan ibadah haji. Pada tanggal 15 September, penerbangan pertama yang membawa jemaah haji telah berlepas ke tanah suci. Alhamdulillah, mereka telah berpeluang menjalani rukun Islam yang ke-5. Bagaimana dengan anda di luar sana? Sudah berniat hendak menunaikan haji? Saya ramai di luar sana yang berebut-rebut hendak menunaikan haji. Baru-baru ini saya sendiri telah bertemu dengan salah seorang tetamu Allah pada tahun ini, terpapar di wajah beliau akan kegembiraan apabila diberitahu mendapat seruan pada tahun ini. Pada ketika ini, saya amat pasti, beliau sedang sibuk menguruskan persiapan hendak ke sana. Kadang-kadang saya terfikir, bilakah masanya akan tiba untuk diri ini. Melihat setiap hari di dalam gambar tidak sama seperti melihat di depan mata sendiri. Tempat di mana jutaan umat Islam berkumpul, tidak ada yang kaya dan miskin, semuanya sama dan setaraf, tetap bergelar seorang hamba kepada Allah. Seruan azan yang mendayu-dayu, bacaan imam yang sungguh merdu. Ya Allah! permudahkanlah urusan hambaMu ini untuk menjadi tetamuMu yang seterusnya ya Allah.

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s