Perangkap Kad Kredit

Dengan kemudahan kad kredit, ia menjadi barah/pembunuh kepada manusia yang lemah menguruskan sumber kewangan dan boros ketika berbelanja. Ia akan merangsang nafsu membeli mereka yang lemah ini kerana merasakan tanpa duit, mereka masih mampu membeli apa yang mereka kehendaki.
Jadi, bayangkan betapa bahayanya penangan kad kredit ini terutamanya jika kita memiliki hingga 3 ke 4 kad kredit di dalam satu-satu masa. Jawapannya mudah. Lagi besar periuk maka lagi besarlah keraknya. Ia sama macam kita berbelanja tanpa kawalan sehingga melebihi tahap kemampuan kewangan kita.

Apa yang merisaukan ialah 40 peratus pengguna kad kredit di negara ini hanya menjelaskan bayaran minimum sekali gus menyebabkan hutang mereka bertambah kerana peningkatan kadar faedah (flower).

Sebenarnya, perihal hutang hutang ini sudah banyak dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadis. Seboleh-bolehnya kita dianjurkan supaya mengelak daripada berhutang kerana ia adalah beban yang boleh membinasakan diri terutamanya jika tidak dapat mengawalnya.

 

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s