Bahaya Dan Kecelakaan Dari Riba’

Terdapat beberapa nas Al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba’.

a. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
    Ia berdasarkan firman Allah SWT, yang bermaksud :

“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba’ sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya”

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan ‘saki baki’ riba’ dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini menyebut ‘saki baki’ menunjukkan bahawa barangsiapa yang benar-benar ingin menurut sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengatahuan jelas tentang riba’ serta menjauhkan diri darinya secara seratus-peratus.

Ibn Abbas r.a diriwayatkan berkata, ertinya ;
“Akan dikatakan kepada pemakan riba’ di hari kiamat; ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT”

Berkatalah Abu Hanifah rh pula ;
“Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan”

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata, ertinya ;
“Telah ku membuka lembaran-lembaran kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari riba kerana Allah SWT dalam mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya”

Berkata Imam Qatabah rh ;
“Allah menjanjikan ahli riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya di mana sahaja mereka berada”

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s