NCD

Adakah anda tahu apa itu NCD? NCD adalah Diskaun Tanpa Tuntutan (No Claim Discounts) dan ini merupakan perkara yang setiap orang perlu tahu apabila membeli kereta. Jika anda membeli kereta untuk kali pertama atau menjadi pemegang polisi kali pertama, maka tidak akan ada NCD bagi tahun pertama kenderaan anda di atas jalan raya.

NCD hanya diberikan kepada pemegang polisi apabila mereka memperbaharui takaful/insurans motor mereka sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap polisi dalam tempoh 12 bulan. Katakan jika anda bebas daripada apa-apa tuntutan dalam tempoh setahun, maka anda akan diberi ganjaran dengan diskaun 25% NCD premium pembaharuan untuk tahun berikutnya.

NCD untuk kereta anda boleh dilucuthakkan dan jatuh kembali ke 0% dalam erti kata lain, sekali anda telah membuat tuntutan ke atas takaful/insurans motor maka kelayakan NCD anda akan hilang sepenuhnya. Justeru, KWM ingin memberi peringatan kepada pemandu-pemandu yang bakal memandu ketika pulang ke kampung untuk menyambut lebaran, berhati-hatilah memandu. Ingat, perbelanjaan untuk menyambut lebaran sudah mencecah ribuan ringgit, jangan sampai anda perlu memperbaharui takaful/insurans kenderaan anda dengan kelayakan NCD = ‘0’. Peace no war.

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s