Kesedaran Tentang Takaful

Mengapa kita perlukan perlindungan (Takaful)?
Mengapa kita semua perlukan Takaful?
Apakah pentingnya Takaful sehingga ia perlu dimiliki oleh mereka yang berkemampuan?

Setiap orang mempunyai liabiliti (tanggungan/beban/hutang) yang tersendiri. Semua liabiliti itu boleh kita tanggung sekiranya kita memiliki badan yang sihat dan boleh bekerja.

Kita bekerja untuk memperolehi pendapatan. Pendapatan itu kita gunakan untuk menyara hidup kita. Bagi yang berkeluarga, pendapatan itu akan digunakan untuk menyara keluarga mereka. Dengan pendapatan yang diperolehi itu juga kita membayar untuk perkara lain seperti kereta, rumah, pendidikan, kiriman kepada ibu bapa dan banyak lagi….

Semua perkara itu memerlukan wang…Untuk mendapat wang kita perlu bekerja…Untuk bekerja kita mestilah mampu bekerja ataupun sihat.

Itu sekiranya kita SIHAT dan MAMPU bekerja…Bagamaimana jika kita sakit, tidak berupaya, lumpuh atau pun mati…..?

Siapa nak bayar ansuran kereta?
Siapa nak tanggung belanja keluarga?
Siapa nak bayar sewa rumah?
Siapa yang nak bayar yuran sekolah anak?
Siapa nak tanggung mak ayah?
Hutang kita yang banyak siapa yang nak tanggung?
Seribu satu persolan lain yang tentunya membebankan akan timbul….

Bila sakit datang, kerja tak boleh dibuat. Bila tidak kerja, tiada pendapatan…..Tiada pendapatan, belanja yang lain turut tertunggak…..Bagaimana hendak dilunaskan semuanya jika kita sakit tak berupaya. Atau bagaimana waris hendak melunaskan semuanya sekiranya kita sudah mati? Keadaan ini akan menyusahkan orang di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi jika kita adalah punca pendapatan untuk keluarga.

Kereta ditarik.
Wang simpanan habis (untuk bil perubatan yang tinggi)
Dihalau keluar rumah (sewa tak bayar).
Anak-anak berhenti sekolah.
Ditinggalkan keluarga.
Waris (keluarga) merempat.

Itu antara perkara BENAR yang sering terjadi kerana kecuaian terlepas pandang tentang hal perlindungan. Sekiranya seseorang itu mengambil pelan takaful, mereka/waris akan mendapat sejumlah wang pampasan sekiranya berlaku keilatan kekal (seperti lumpuh) dan juga berlaku kematian. Pampasan bergantung kepada jumlah yang telah setuju untuk disumbangkan dalam pelan takaful.*

Tambahan, pelan takaful ini juga merupakan salah satu cara untuk menabung dan menyimpan duit dalam jangkamasa yang panjang. Peserta akan mendapat nilai simpanan dalam akaun peserta setelah usia polisi mencapai tempoh matang.

Pelan takaful keluarga boleh didapati di pasaran dengan sumbangan serendah hanya RM 100 SEBULAN!!!!

Dengan tawaran yang murah ini pun masih ramai yang lokek duit, kedekut dan sombong….
Tiada seorang pun di dunia ini boleh menjamin dia akan terus sihat sepanjang masa.
Tiada seorang pun yang tahu saat dan detik kematian mereka.
Oleh itu jangan sombong dan angkuh berkata*”aku tak perlu semua ni”…
Jangan bertangguh mencari seribu satu alasan untuk mengelak.
Kelak yang rugi adalah diri sendiri.

Jangan nanti sudah sakit tak bergerak, baru tergerak hati mahukan Takaful. Bila sudah sakit teruk tidak ada lagi syarikat Takaful, mahupun insurans yang mahu menerima permohonan kita….risiko untuk kita mendapat sakit dan MATI sudah semakin tinggi…..

Sudahlah sakit tak bergerak, duit tak ada, makanan tak cukup, keluarga susah, anak-anak susah, pendidikan anak-anak turut terabai. Kalau ada yang mahu membantu, syukurlah…Tapi hari ini siapa yang sudi membantu, banyak mana yang mampu dibantu. Orang lain ada beban masing-masing yang perlu ditanggung dan diutamakan…

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s