Abu Dahdah

Allah s.w.t berfirman dalam Al-Quran:

 مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

 “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik ( yakni menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNya-lah kamu dikembalikan.”

(Al-Baqarah: 245).

Kisah Abu Dahdah

Telah datang seorang pemuda yatim piatu menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan hasratnya yang mahu membina tembok disekeliling rumahnya, tetapi malangnya ada sebatang pohon kurma milik jirannya menghalang tembok itu. Justeru, dia telah meminta jirannya memberikan pohon itu, namun jirannya tidak bersetuju. Pemuda itu kemudiannya telah meminta untuk menebang separuh pohon itu, dan jirannya tetap tidak setuju. Kemudian pemuda itu menawarkan untuk membeli pohon kurma tersebut. Jirannya tetap bertegas tidak mahu.

Justeru Rasulullah s.a.w telah memanggil jirannya itu. Rasulullah telah menawarkan kepada jiran itu akan sepohon kurmanya ditukarkan dengan sepohon kurma di syurga yang mana besarnya 100 tahun perjalanan, namun malangnya, si jiran tetap tidak bersetuju.

Seorang sahabat Baginda iaitu Abu Dahdah telah mendengar akan tawaran itu lantas bertanya “Wahai Rasulullah, adakah tawaran itu terbuka untuk sesiapa sahaja..?” Rasulullah menjawab “Ya, sekiranya kamu boleh menyelesaikan masalah pemuda ini”.

Lantas Abu Dahdah bertemu dengan jiran pemuda itu. “Wahai saudaraku! Kenalkah kamu kepada Abu Dahdah pemilik kebun kurma yang sangat terkenal di Madinah itu?”.  “Ya, aku kenal siapa Abu Dahdah”, jawab jiran itu. “Akulah Abu Dahdah, mahukah engkau jika aku tukarkan kebun kurmaku itu dengan sepohon kurma milikmu?”. Lantas jiran itu pun bersetuju. Abu Dahdah kemudiannya, telah memberikan sepohon kurma itu kepada pemuda tadi untuk diuruskan mengikut kehendaknya.

Abu Dahdah dengan gembira kembali ke rumahnya lantas memberitahu isterinya “Wahai Ummu Dahdah, aku telah infakkan hartaku, aku telah membelinya dengan sepohon kurma di syurga.” Isterinya menjawab, “Alangkah beruntungnya jual beli (perniagaan) itu.”

Abu Dahdah kemudiannya bertemu dengan Rasullullah. “Ya Rasulullah! Adakah aku akan mendapat sepohon kurma di syurga seperti yang telah dijanjikan..?” Rasulullah menjawab “Tidak..!!, Alangkah terkejutnya Abu Dahdah kerana sepohon kurma di syurga yang dinantikan tidak dapat diterima.

Jawab Rasullullah s.a.w “Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Adil, jika sepohon kurma di dunia ditukarkan mendapat ganjaran sepohon kuma di syurga, apatah lagi jika sekebun pohon kurma. Kamu tidak akan mendapat sepohon kurma di syurga, tetapi kamu akan mendapat sekebun kurma di syurga Allah nanti”.

SubhanAllah, sesunggguhnya setiap harta yang kita keluarkan ke jalan Allah itu sangat besar ganjaran di akhirat sana. Tiada apa yang lebih penting selain mencari bekalan untuk kembali ke sana.

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s