Kewangan Mikro Islam

Kewangan mikro Islam merupakan kewangan yang terangkum, keusahawanan dan perkongsian risiko menerusi usaha sama kewangan, satu pendekatan yang tidak dimiliki oleh kewangan mikro konvensional.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa institusi kewangan mikro menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan Islam berpendapatan rendah dan memenuhi keperluan mereka untuk mendapatkan produk berlandaskan prinsip kewangan Islam. Ini menjurus kepada kemunculan mikro kewangan Islam sebagai pasaran baharu khusus yang kita perlu memanfaatkannya.

Menurut Perdana Menteri walaupun kemajuan ketara sudah dicapai, institusi kewangan Islam belum berjaya menjadikan perkhidmatan kewangan itu dapat diakses secara meluas oleh rakyat miskin, satu usaha yang mampu membasmi kemiskinan dengan ketara di seluruh dunia.

Menurutnya lagi, nadi kewangan Islam ialah semangat dermawan tulen yang terserlah menerusi memberi serta amalan perniagaan, dan pada masa yang sama mendukung potensi transformasi kehidupan berbilion penduduk miskin di dunia.

“Agak mudah, inovasi kewangan yang dijuruskan untuk mengupaya (bukan mendominasi penduduk), boleh merevolusikan dunia kita. Oleh itu tumpuan utama kewangan Islam ialah kedudukan nilai terasnya dan bukan semata-mata menambah aset,” kata Dato’ Seri Najib.

Beliau berkata, kerajaan tidak dapat secara bersendirian merealisasikan perubahan sosial secara meluas yang diperlukan, memandangkan ia memerlukan sokongan daripada masyarakat awam dan sektor swasta, dengan kewangan Islam mempunyai peranan penting dalam menjayakan usaha ini.

Sumber: Utusan Malaysia (26 April 2012)

 

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s