Pengurusan Harta & Pusaka

RM 40 Billion Harta Pusaka Belum Dituntut!

Membuat Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka adalah suatu keperluan masa kini. Kenapa dan mengapa perlu menulisnya?
Kita masih hidup, justeru peluang bagi kita yang masih hidup ialah dapat mengurus serta merancang pusaka. Bagi yang telah meninggal dunia, mereka sudah tidak boleh berbuat apa. Mereka mungkin sedang menanti doa, pahala amalan dan harapan di barzakh sana.

Malanglah andai mereka sedang merana disebabkan harta pusaka yang ditinggalkan tidak diurus dengan sebaiknya.

Menyesal di dunia tidak mengapa. Kita masih boleh mengurus serta merancang pusaka. Tetapi, jangan sampai kita menyesal di barzakh sana. Renungi firman Allah s.w.t berikut:

“Lalu mereka tidak boleh membuat suatu wasiat pun dan tidak pula dapat kembali kepada keluarganya”.   (surah Yasin: 50)

Ayat di atas menggambarkan penyesalan orang yang telah mati. Salah satu puncanya ialah kerana mati tanpa meninggalkan sebarang wasiat atau sebarang bukti hitam putih atau lebih khusus lagi ialah Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka. Akhirnya, harta pusaka yang ditinggalkannya telah dimanupulasi atau diguna dan diuruskan sewenang-wenangnya oleh ahli waris yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab, lebih buruk lagi apabila harta pusakanya itu langsung tidak diuruskan oleh warisnya sedang dalam masa yang sama, tuan harta sedang merana di alam barzakh.

 

Testimonial Harta 1

Seorang nenek mengadukan hal berkaitan harta pusaka keluarganya.

Katanya:
“Nak, ini bukan masalah pusaka. Ini masalah harta nenek. Nenek satu-satunya anak tunggal dan ayah nenek telah lama meninggal dunia. Semasa ayah hidup dulu, ayah telah membeli sekeping tanah dari arwah datuk kerana ketika itu datuk memerlukan duit untuk menunaikan haji. Semua adik-beradik ayah tahu mengenai hal ini kerana arwah datuk menyerahkan geran tanah tersebut kepada ayah di hadapan semua adik-beradik ayah.

Tetapi orang dahulu tidak tahu mengenai urusan jual beli tanah. Surat jual beli (hitam putih tidak ada). Nama di geran pun tidak ditukar iaitu masih nama datuk.

Selepas datuk selamat pulang dari Mekah, datuk pun jatuh sakit lalu meninggal dunia. Apabila datuk meninggal dunia, adik-beradik ayah tidak menuntut tanah tersebut.

Beberapa tahun berlalu, nama di geran tanah masih nama ayah kerana ayah tidak membuat urusan penukaran nama. Sebelum ayah meninggal dunia, ayah telah berikan tanah tersebut kepada saya dengan lafaz, ‘Kamu ambillah tanah ini. Ayah beri tanah ini kepada kamu dan terpulanglah kepada kamu hendak berbuat apa dengan tanah ini. Kamu hendak jual atau sedekah, itu hak kamu’.

Meski sudah diberi kepada saya, namun nama pada geran tersebut masih nama datuk. Setelah ayah meninggal dunia, geran tanah tersebut saya simpan. Saya tidak berbuat apa-apa dengan tanah itu kerana tanah tersebut terletak di dalam hutan. Bagaimana saya hendak kerjakan, sedangkan nama pada geran itu pun saya tidak tahu bagaimana hendak menukarnya. Tiba-tiba tanpa disangka, tanah tersebut di ambil oleh pihak kerajaan untuk dibuat Lebuh Raya PLUS dan diberi pampasan yang dipersetujui.

Malangnya wang tersebut beku sehingga kini dan Amanah Raya Berhad telah menjadi pemegang amanah. Masalah ini tidak selesai sehingga kini kerana pada gerab tertulis nama datuk sebagai pemilik. Datuk sudah lama meninggal dunia. Ayah dan adik-beradiknya juga sudah lama meninggal dunia. Hanya generasi anak-anak iaitu saya dan sepupu-sepupunya sahaja yang masih ada.

Sudah berulang kali saya dan sepupu berbicara mengenai pusaka itu. Saya katakan pada mereka bahawa mereka tidak ada hak ke atas tanah tersebut kerana tanah tersebut ayah saya telah beli dari datuk dan kemudian ayah beri tanah tersebut kepada saya.

Tetapi mereka tetap berkeras. Bila saya tanya: “Masa emak dan bapak kau orang hidup dulu, dia orang tak cerita perkara ini kepada kau ke?”

Lalu jawab mereka: “Memang dahulu emak dan ayah kami ada beritahu. Tetapi masalahnya sekarang ialah jika ayah awak sudah beli tanah iu dari datuk, kenapa tanah itu masih nama datuk? Kenapa ayah awak tidak menukarnya kepada namanya sendiri ataupun nama awak? Bukti jual beli juga tidak ada. Oleh itu jika masih nama datuk, itu bermakna tanah ini adalah harta pusaka datuk. Jika harta pusaka datuk, maka kami nak hak kami, tidak kira sikit atau banyak. Apa yang penting adalah kami tetap ingin menuntut hak kami”.

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s